Sesungguhnya Tuhan itu adil. Dia menguji hambanya dengan segala macam ujian dan dugaan, untuk renungan kita bersama. Kengkadang tu, kita terlupa, dik kerana terlalu peka atau asyik dengan dugaan yang menimpa, kita lupa itu hanya lah ujian dari Nya…

Berhenti lah sejenak…fikirkan lah…kenapa Allah memperuntukkan hanya satu bulan untuk kita belajar bersabar..dengan kelaparan, kepanasan, kemarahan dan apa jua yang tidak senang di mata dan di telinga..bersabarlah..

Wassalam…dan selamat beribadah..

Sebenarnya saya nak tulis “Escape from the rat race”…tapi bila dah translate satu per satu ke dalam bahasa Malaysia..pelik pulak la bunyinya..

Tapi, takpe lah…maksud nya lebih kurang sama..Apakah yang saya maksud kan pemikiran sempit ni?? Salah satu tips yang saya selalu dengar apabila orang cakap tentang kejayaan ialah “buka minda anda”…kenapa minda perlu dibuka?? kalau kena buka, maknanya sebelum tu minda tu sempit kan?? kita kena buka untuk idea atau pemikiran yang baru..

Bagi saya lah, pemikiran yang sempit bermakna, “mindset” kita hanyalah pada satu kefahaman sahaja, dan kita tidak memberi peluang untuk cara pemikiran yang baru bagi merubah hidup kita ke arah yang lebih baik..ye lah, manusia ni takutkan perubahan..bisa lah tu…kerana takut tu lah kita sering ketinggalan dalam apa jua pun…

Moral of the story…untuk berjaya atau sekurang-kurang berubah untuk kebaikan, buka lah minda anda seluas-luas nya untuk cara pemikiran yang baru selagi ianya tidak bercanggah dari agama dan pegangan anda…Happy blogging..

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusiaā€¸

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.